Pages

Tuesday 29 March 2011

( KEWARTAWANAN ELEKTRONIK)

DISEDIAKAN OLEH:

   AFIFI BIN AB HAMID (198846)

  MARZUKI BIN MUHAMAD (198848)
  SHAMSUL HAFIZI BIN SALEH (192387)

  ABDUL IZZI BIN AMRAN (205271)

Monday 21 March 2011

Bangunan utama di UUM yang Tersegam Indah selaras dengan Perkembangan Arus Pendidikan Moden Universiti pada masa kini

                                           Kolej Sastera & Sains

                                             
                                           Kolej Perniagaan

                                       Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa.


                                           Dewan Mua'adzam Shah


                                           Padang Golf


Taman Rusa


Pusat Sukan

Tasik Sukan & Rekreasi







  

Saturday 12 March 2011

Sejarah Penubuhan Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya Universiti  yang ditetapkan supaya mengkhusus bidang pengurusan sejak awal penubuhannya. Perancangan  pembinaan Universiti Keenam ini bermula apabila Kementerian Pendidikan Malaysia ( sekarang ini IPTA berada di bawah Kementerian  Pengajian  Tinggi) merancang untuk menubuhkan Universiti ini dalam bulan ogos 1983. Pada 19 Oktober 1983 Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang pada waktu itu dinamakan "Projek Universiti Keenam", di Kedah. Beberapa bulan kemudian, pejabat rasmi Universiti Keenam ini diberi nama Universiti Utara Malaysia dibuka secara rasminya pada 15 Februari 1984 di Jitra. Empat bulan kemudian, UUM berpindah ke Kampus Darul Aman di Jitra pada bulan Jun 1984 apabila fasa pertama projek berkenaan siap. Perpindahan itu dilakukan untuk menyambut ketibaan pelajar sulung universiti menjelang kemasukan mereka pada awal bulan Julai 1984.

Dalam catatan sejarah UUM, universiti yang terletak paling utara ini bermula di kampus sementaranya di Bandar Darul Aman dekat Jitra dan kemudian setelah enam tahun di sana, berpindah ke Kampus Sintok, kira-kira 30 km di utara Jitra. Sebelum terbinanya kampus UUM di Sintok, kawasan Hutan Simpan Sintok seluas 4,000 hektar ini adalah kawasan yang digazetkan sebagai kawasan hitam akibat aktiviti pengganas komunis oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang bergerak di selatan Thailand.
 
Apabila PKM meletak senjata dan menamatkan perjuangan mereka, kawasan Sintok telah digazetkan menjadi kawasan putih semula pada Disember 1988 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu. Tindakan itu membolehkan UUM memulakan pembinaan Kampus Sintok mulai 7 Januari 1989.


Sejak tarikh itulah kawasan Sintok menjadi lengang tanpa penduduk dan diisytiharkan sebagai kawasan hitam sehinggalah ia digazetkan semula sebagai kawasan putih pada Disember 1988 memandangkan keadaan telah aman dan sekali gus bagi membolehkan pembinaan Kampus Sintok, kampus tetap UUM.

Perdana Menteri telah memberikan tempoh masa selama 18 bulan untuk UUM menyiapkan Kampus Sintok. Ini bermakna pembinaan harus siap menjelang Julai 1990 apabila sesi pengajian yang baru akan bermula. Genap 18 bulan, Perdana Menteri membuat lawatan ke Kampus Sintok untuk melihat perkembangan pembinaan kampus berharga RM580 juta ini.

Disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, termasuk mendapatkan pekerja binaan yang mencukupi, UUM hanya mampu memulakan operasinya di Kampus Sintok dua bulan kemudian, iaitu pada 15 September 1990 apabila pelajar-pelajar baru sesi 1990/91 mendaftar disusuli dengan kemasukan pelajar senior seminggu kemudian untuk memulakan pengajian. Jumlah pelajar UUM meningkat dari 3,500 orang pada ketika itu menjadi lebih kurang16,500 orang pada masa kini atau lebih. Pada masa kini, UUM mempunyai Kampus cawangan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai UUMKL ia khusus bagi golongan yang sudah bekerja yang tidak mahu meninggalkan pekerjaan mereka di sekitar Kuala Lumpur dan ini membolehkan mereka menyambung pelajaran mereka dengan mudah senang

Kampus Sintok telah dibina di atas sebuah lembah yang permai, dikelilingi bukit-bukau dan kehijauan hutan hujan tropika yang indah dengan flora dan faunanya. Di kampus ini mengalir Sungai Sintok dan Sungai Badak yang bertemu di tengah-tengah kampus, menambah cantikkan lagi pemandangannya.

Di lembah Sungai Sintok ini, sebelum terjadinya kampus UUM, terdapat sebuah lombong bijih timah terbuka. Perlombongan dan pembalakan merupakan dua aktiviti utama penduduk di situ pada masa dulu. Oleh kerana pengganas komunis mengeksploitasi penduduk yang dianggarkan seramai 3,000 orang di Sintok pada masa lalu, pihak pemerintah membuat keputusan memindahkan penduduk-penduduk tersebut ke kawasan lain di negeri Kedah lalu menutup pekan Sintok dan mengisytiharkan kawasan ini sebagai kawasan hitam.
  
Hasil penyelidikan dilakukan oleh empat orang pengawai sebanyak 35 nama anggota keselamatan dan juga orang awam termasuk dua orang isteri anggota polis telah dikenal pasti sebagai mangsa yang terkorban akibat keganasan komunis di sekitar kawasan Sintok. Sebahagiannya tidak mempunyai rekod yang lengkap dan sukar untuk mendapatkan nama penuh mereka. Naib Canselor UUM ketika itu, Tan Sri Datuk Dr. Othman Yeop Abdullah (kini Pengerusi Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC) telah mengarahkan dibina sebuah tugu yang dikenali sebagai Tugu Peringatan Sintok yang dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah pada 21 April 1992. 

Tugu ini didirikan di dalam kawasan kampus berhampiran dengan markas Pasukan Pegawai Simpanan (Palapes) UUM. Kawasan ini dinamakan Dataran Perwira. Pada tugu tersebut telah dipahatkan nama 35 mereka yang terkorban itu. Reka bentuk tugu adalah hasil ilham Arkitek UUM, Ismail Abdullah. Tujuan tugu ini dibina ialah untuk menjadi mercu tanda peringatan dan menimbulkan keinsafan kepada warga UUM serta generasi akan datang bahawa UUM yang tersergam indah dengan kemudahan serba canggih dan mendapat Status MSC ini ditegakkan di atas keringat serta titisan darah dan air mata generasi terdahulu. 

Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada 8 Januari 1989. Kampus Sintok mula beroperasi pada 15 September 1990, dan perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya dicapai pada 1 Januari 1991. Kampus Sintok yang berharga RM580 juta ini siap sepenuhnya pada 1993.. Bangunan-bangunan utama yang terdapat di kampus ini ialah Bangunan Akedemik, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Bangunan Pentadbiran Canselori, Masjid Sultan Badlisyah, Dewan Mu'adzam Shah, Dewan Tan Sri Othman, Kompleks Sukan, Varsity Mall, Bangunan Budi Siswa dan kompleks.

Adalah menjadi harapan pucuk pimpinan Universiti agar keinsafan itu akan mencetuskan semangat di kalangan warga UUM semoga mereka menuntut ilmu, menabur budi dan mencurah bakti dengan penuh ikhlas dan kesyukuran serta mengesampingkan kepentingan-kepentingan peribadi sejajar dengan motto UUM 'Ilmu, Budi, Bakti.' 


 Senarai Naib Canselor UUM:
  • 1984: Prof. Tan Sri Dato' Awang Had Salleh.
  • 1989: Tan Sri Dato' Dr. Othman Yeop Abdullah
  • 1993: Dato' Dr. Shamsuddin Kasim
  • 1999: Y. Bhg. Prof. Dato' Ir. Dr. Mohammad Noor Hj. Salleh
  • 2001: Y. Bhg. Brid. Jen. Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Mohd Basri
  • 2005: Y. Bhg. Tan Sri Dato' Wira Dr. Nordin Kardi
  • 2010: Prof. Dato' Dr. Mohamed Mustafa Ishak

Objektif UUM adalah seperti berikut :

· Sebagai pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan
· Sebagai pusat sumber yang terulung dalam bidang pengurusan
· Sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan

Misi Universiti adalah untuk menjadikan UUM sebagai sebuah Universiti pengurusan terulung dan bertaraf dunia.

Selaras dengan objektif dan misi penubuhan UUM sebagai sebuah Universiti yang mengendalikan pendidikan pengurusan, tenaga kerja yang mahir dalam bidang pengurusan akan digembleng bagi menyumbang ke arah mencapai matlamat tersebut.


Saturday 5 March 2011

Pencapaian dan Kejayaan UUM Selama 27 Tahun Penubuhannya.

19 Februari 2011- Sebelas daripada 12 produk UUM meraih pingat di "Malaysia Technology Expo (MTE) 2011". UUM mendapat satu pingat emas, lima pingat perak, lima gangsa, best awards dan berjaya mendapat anugerah "Best Booth Category Compact Booth".

1 Januari 2011- Pelan Transformasi UUM 2011-2015 dan 2016-2020 telah dilancarkan oleh naib canselor UUM, Profesor Dr. Mohamed Mustafa Ishak sempena majlis Amanat Tahun Baru 2011 di Dewan Mua'dzam Shah. Pelan tersebut dibahagikan kepada dua fasa bagi mencapai hala tuju sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka dan Universiti Penyelidikan dalam bidang pengurusan dan Sains Sosial.

4 Disember 2010- UUM raih kemenangan satu pingat emas, satu perak, dan empat gangsa dalam pertandingan di Seoul International Fair 2010 (SIIF2010)

23 September 2010- Tiga sekolah pengajian siswazah ditubuhkan iaitu Othman Yeop Abdullah Graduate School of Bussiness, Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences dan Ghazali Shafie Graduate School of Goverment yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin.

11 Februari 2010- UUM sekali lagi berjaya memperoleh persijilan MS ISO 9001:2008 setelah melalui proses pengauditan pihak sirim pada 7 hingga 9 Disember 2009. Persijilan ini merangkumi skop peruntukan pengajian tinggi, penyelidikan, perundingan dan penerbitan. Pada tahun 2003, UUM telah berjaya melaksanakan proses peralihan sistem dari MS ISO 9002:1994 kepada MS ISO 9001:2000

6 Februari 2010- UUM berjaya raih empat emas, empat perak, dan enam gangsa daripada 15 produk penyelidikan yang dipertandingkan dalam Malaysia Technology Expo (MTE) 2010

27 Disember 2009- Pancaragam Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menggondol Anugerah Pingat Emas di "Hong Kong World Marching Band Contest 2009" di Queen Elizabeth Stadium, Hong Kong.

8 Disember 2009- UUM miliki litar go-kart dalam kampus yang pertama di dunia.

10 Oktober 2009- UUM berjaya raih dua pingat emas dalam Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) bagi kategori Sains Sosial dan Kemanusiaan 2009.

15 Julai 2009- UUM menangi anugerah kertas kerja terbaik dalam penyelidikan kualitatif melalui kertas kerja Dyadic Relationship Quality and Team-Oriented Commitment: A level of Analysis Perspective in a Malaysian Organization.

27 Mei 2009- UUM IPT pertama sedia kemudahan lapang sasar menembak 300 meter dengan nama "Lapang sasar Tunku Safinaz"

21 Februari 2009- Lapan daripada sepuluh produk UUM raih pingat dalam "Malaysia Technology Expo (MTE) 2009" anjuran Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) dan berjaya meraih tempat dalam anugerah best booth (Tapak Pameran Terbaik) keseluruhan.

3 Februari 2009- UUM terbaik dalam urusan pembiyaan perbelanjaan mengurusnya apabila mencapai tahap  36 peratus berbanding universiti lain yang kebanyakannya baru mencapai 12 peratus.

15 Disember 2008- Produk pembuat keputusan berelektronik raih pingat perak di Seoul International Invention Fair, Korea melalui produk aplikasi Electronic Purchasing Decision Making Tool.

9 Oktober 2008- Penyelidik UUM  dapat perunntukan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) bernilai RM900,000 kepada 18 kertas cadangan terbaik yang dikemukakan oleh penyelidik UUM.

1 Ogos 2008- ITU Asia Pacific Centre of Excellence Malaysia Node for Rural ICT Developmenet (ITU-UUM ASP CoE) dirasmikan penubuhannya pada 6 Februari 2007 oleh Menteri Tenaga Air dan Komunikasi, Dato' Dr. LIM Keng Yeik.

12 Mei 2008- Sepuluh produk penyelidikan UUM dapat pengiktirafan di 19th International Invention Innovation & Technology 2008 (ITEX) dengan mendapat satu pingat emas, dua perak, dan tujuh gangsa. Kejayaan ini sekaligus mencatatkan sejarah apabila menjadi satu-satu universiti yang memperoleh keseluruhan pingat walaupun baru pertama kali menyertainya.

6 April 2008- Tiga Produk penyelidikan UUM yang menyertai 36th International Exhbition of Inventions, New Techniques and Products di Geneva pada 2 hingga 6 April 2008 berjaya meraih dua perak dan satu gangsa.

23 Februari 2008- Dua Emas, lima perak dan enam gangsa daripada 20 produk penyelidikan yang dipertandingkan oleh UUM diperoleh dari MTE 2008 di Kuala Lumpur.

1 Januari 2008- UUM laksana sistem kolej secara sepenuhnya dengan mewujudkan tiga kolej yang mempunyai autonomi sendiri dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran. Tiga kolej ini adalah hasil daripada penggabungan 13 fakulti di UUM yang dinamakan UUM CAS ( College of Arts and Science), UUM COB (College of Bussiness) dan UUM COLGIS ( College of Law, Goverment and International Studies).

25 September 2007- UUM raih Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) 2007 melalui projek inovasi bertajuk "Sistem Penempatan Pelajar Praktikum Secara Atas Talian (OPSP)".

6 September 2007- UUM mendapat tempat kedua dalam pertandingan Laman Web Peringkat  Kementerian Pengajian Tinggi/Jabatan/Agensi yang diumumkan di Majlis sambutan Hari Kualiti dan Integriti 2007, di Putrajaya.

30 Ogos 2007- Sintok Olinne Akhbar Pertama Universiti dalam talian melalui Fakulti Komunkasi dan Bahasa Moden (FKBM) mencatat sejarah apabila menjadi universiti pertama di negara ini yang melancarkan akhbar secara online.

24 Ogos 2007- UUM menangi penulisan lapaoran tahunan terbaik berbanding semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain. Johan bagi Anugerah Laporan Kencana disandang oleh institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia, UUM (kedua) dan Kumpulan Simpanan Pekerja (Ketiga). UUM merupakan institusi pertama dalam kalangan IPTA di Malaysia.

16 Mac 2007- UUM berjaya merangkul 13 anugerah di MTE 2007 di PWTC, Kuala Lumpur iaitu satu emas, lima perak dan tujuh gangsa daripada 22 penyertaan yang dibawa oleh penyelidik UUM.

4 Julai 2006- UUM cipta rekod SDG terbesar dalam Malaysian Book of Records (MBR) apabila berjaya membentuk 657 kumpulan perbincangan secara serentak melalui SDG yang melibatkan 7,979 orang pelajar baru dan pensyarah UUM yang bertindak sebagai Fasilitator.

9 April 2006- UUM memenangi pingat emas dalam pertandingan Pameran  Rekaan Antarabangsa ke-34, di Geneva, Switzerland, atas kejayaan mencipta "Sistem Penilaian Kursus Berdasarkan Web" dan telah berjaya memenangi dua perak dan dua gangsa daripada 15 penyertaan yang dipertandingkan.

25 Februari 2006- UUM memenangi enam pingat di MTE 2006 yang berlangsung di PWTC dengan mendapat satu emas, tiga perak dan dua gangsa daripada 15 penyertaan yang dipertandingkan.

2 Oktober 2005- UUM mencatat kejayaan besar meraih 13 pingat daripada 20 penyertaan Pameran (R&D) IPTA 2005 dengan mendapat satu pingat emas, tiga perak dan sembilan gangsa di PWTC, Kuala Lumpur.

24 November 2005- UUM diumumkan sebagai pemenang Pengurusan Teknologi Maklumat (IT) anjuran B Braun Medical Industries Sdn. Bhd. apabila sepasukan pelajar berjaya membangunkan projek Sistem Latihan Kakitangan B Braun yang dikenali sebagai B Braun Trainw.

10 Disember 2004- UUM diumumkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Teknologi Maklumat bagi sektor awam di majlis penyampaian Anugerah Kualiti Perdana Menteri dan Anugerah Perdana Teknologi Maklumat yang berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada 10 Disember 2004 melaui portal komuniti yang dibangunkan oleh pusat komputer.

28 November 2004- Universiti pertama laksana e-Tunai peringkat IPT melalui aplikasi kad pintar di seluruh kampus bagi mewujudkan masyarakat tanpa tunai atau cashless society.

1 Januari 2004- Radio Kampus UNIUTAMA.FM mencatat sejarahnya apabila berjaya memiliki radio kampus sendiri yang dikenali sebagai Uniutama.Fm.

1 Mei 2003- Penggunaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) untuk memaklumkan status kemasukan sesi Mei 2002/2003. Melalui perkhidmatan ini, pelajar dapat mengetahui keputusan peperiksaan, jadual waktu kuliah, kalendar akedemik dan sebagainya dengan mudah. UUM berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi perlaksanaanya.

25 April 2003- IPTA pertama berjaya tawar Kor Suksis hingga kini. Kor Suksis Polis UUM dirasmikan dan dilancarkan pada 25 April 2003 oleh Dato'  Seri Mohd Bakri Hj Omar, Timbalan Ketua Polis Negara. Pada 9 Julai 2005, seramai 71 pelatih SUKSIS telah ,menerima pentauliahan masing-masing dalam majlis pentauliahan SUKSIS yang pertama di negara ini.

13 Disember 2001- UUM secara rasminya, diistiharkan sebagai IPTA pertama di Malaysia yang menerima Sijil MS ISO 9002:1994 untuk keseluruhan sekolah dan jabatan pada 3 dan 4 September 2003. UUM berjaya memperoleh persijilan itu dengan skop pendaftaran '' Peruntukan Khidmat Pendidikan (Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan), Peruntukan Penyelidikan, Perundingan Penerbitan dan Perkhidmatan Perpustakaan".

27 September 2001- UUM universiti pertama pelopor mesyuarat secara online berdasarkan kepada penggunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mula diperkenalkan di Mesyuarat Senat. Sistem ini juga dalam mesyuarat lain seperti Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Majlis Eksekutif Universiti (MEU), jawatankuasa Tetap Kewangan, Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan lain-lain.























,